ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ
CERITA TENTANG DIRIKU..

Bismillahhirahnirahim. Izinkan saya memperkenalkan diri, nama diberi oleh kedua orang tua, Anis Adibah binti Azman. Anis yang membawa maksud yang mesra, teman setia, manakala Adibah bermaksud berpengetahuan dan beradab. Pada hari Isnin, tanggal 26 Julai 1999, telah lahirlah diriku ini ke dunia bertempat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor Darul Ehsan. Tahun ini, usiaku sudah menginjak 22 tahun.
Latar belakang keluarga, saya mempunyai 5 orang adik beradik yang terdiri dari 4 kuntum bunga dan seekor kumbang yang menjadi penyeri kedua orang tuaku. Oleh itu, saya merupakan anak yang ke-4 dalam keluarga. Pada awal tahun 2021, dua kuntum bunga sudah dipetik orang, maka keluarga saya telah bertambah lah 2 orang ahli lelaki. Dengan itu, kumbang tidak lagi keseorangan kerana sudah bertambah geng 😂. Syukur alhamdulillah, mak dan ayahku sudah dapat menantu gembiranya bukan kepalang, huhuhu.
Seterusnya, pengenalan ibu dan bapa, bapa saya bernama Azman bin Muhamad bekerja dalam sektor swasta, seorang bapa yang boleh dibuat kawan dan kelakar oragnya, manakala ibu saya bernama Jamaliah Binti Sulaiman merupakan suri rumah sepenuh masa, seorang ibu yang tegas dan pendengar yang setia kepada anaknya. Oleh itu, saya sangat bersyukur kehadrat Ilahi kerana dikurniakan keluarga yang bahagia dan harmoni.
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
i) PENDIDIKAN AWAL DAN RENDAH
Syukur yang tidak terhingga kepadaNya di atas peluang menimba ilmu dari saya kecil sehingga sekarang. Bermula dari pendidikan awal dari rumah oleh ibu dan bapa. Ketika berumur 5 dan 6 tahun, saya mula bersekolah di Tadika Kemas Nilam Sari, Petaling Jaya. Seterusnya, mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah Taman Dato’ Harun (1), Petaling Jaya sehingga habis darjah 6. Di sini, saya mula aktif dalam menceburi bidang sukan bola jaring sehingga mewakili sekolah pada peringkat daerah.
ii) PERINGKAT MENENGAH
Seterusnya, saya meneruskan pendidikan pada peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Dato’ Harun, Petaling Jaya dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Pada peringkat ini, banyak cabaran yang harus lalui kerana semakin meningkat umur, semakin banyak perkara yang akan diterokai sama ada perkara baik mahupun buruk. Pada ketika ini, jiwa remaja yang semakin memberontak kerana ingin mencuba-cuba sesuatu benda yang baharu termasuk juga saya.
Tidak dinafikan, pengaruh rakan sebaya merupakan perkara utama yang boleh menyebabkan pembentukan sahsiah remaja dalam diri saya. Hal ini kerana, pada peringkat menengah ini, saya secara umumnya akan menghabiskan lebih banyak waktu bersama rakan-rakan berbanding bersama keluarga. Melalui kajian yang saya baca pula, perkembangan emosi, sosial dan rohani dalam membentuk keperibadian kanak-kanak dan remaja dipengaruhi oleh persekitaran, khasnya individu-individu yang rapat dengan kita. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan saya menuntut ilmu di peringkat menengah, saya dikelilingi oleh rakan-rakan yang baik dan membawa saya ke arah jalan yang lurus dari awal persekolahan hingga habis tingkatan 5.
![]() |
I believe I can fly.... |
![]() |
iii) PERINGKAT DIPLOMA
Selanjutnya, setelah keputusan UPU keluar, saya mendapat tawaran pengajian di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS) Jitra, Kedah nun jauh di utara sana. Sejujurnya, perasaan saya sedih ketika keputusan UPU keluar kerana saya mengimpikan untuk mendapat tawaran melanjutkan pengajian diploma di Universiti Awam, akan tetapi rezeki tidak berpihak kepada saya ketika itu. Oleh yang demikian, saya menerima dengan hati yang terbuka setelah mendapat restu dari kedua ibu bapa untuk melanjutkan pengajian di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Jitra, Kedah mengambil bidang Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan.
Pada awalnya, saya merasakan bahawa politeknik ini hanya untuk golongan pelajar yang kurang dalam pendidikan akademik untuk belajar kemahiran sahaja. Namun, anggapan saya sangat salah dan tidak betul sama sekali. Hal ini kerana, setelah saya belajar di sini, saya merasakan bahawa politeknik bukanlah hanya kemahiran semata-mata, malahan bidang akademik juga banyak diterapkan kepada pelajar.
![]() |
Jamuan kelab kejuruteraan perkhidmatan bagunan |
![]() |
Siapa bilang gadis dan jejaka melayu tak menawan ? |
![]() |
Geng-geng usrah pusat Islam |
![]() |
Selepas habis kelas bengkel, moh ler kita bergambar |
iv) PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA
Sekarang saya telah meneruskan pengajian di UTHM yang terletak di selatan tanah air. Saya mengambil kursus di Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Penyejukbekuan Dan Penyamanan Udara) dengan Kepujian. Harapan saya selama 4 tahun disini adalah dengan niat menuntut ilmu untuk menjadi seorang insan yang berjaya serta mampu memberikan usaha dan tenaga kepada keluarga, masyarakat dan negara.
PENGALAMAN BEKERJA
i) PRAMUSAJI
Sebelum melanjutkan pengajian pada peringkat diploma, saya telah berkerja sambilan sebagai pramusaji di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Seawal 5.30 pagi, saya sudah bergerak keluar untuk pergi ke tempat kerja kerana kerja bermula pada pukul 6.00 pagi. Bermula dengan proses penyediaan sarapan pagi, seterusnya penyediaan makan tengah hari, berikutnya penyediaan untuk makan petang dan berakhir dengan makan malam.
Oleh itu, kami akan menyediakan makanan pesakit mengikut diet yang telah dipilih oleh doktor mengikut kesesuaian setiap pesakit. Selepas penyediaan makanan selesai, saya akan menukar baju t-shirt kepada baju kemeja yang disediakan oleh majikan untuk naik ke wad masing-masing yang telah ditetapkan untuk memberikan makanan kepada pesakit. Bila dikira-kira, saya akan naik dan turun ke wad 4 kali dalam masa satu hari dengan membawa troli yang besar gedabak haha, boleh kurus tau 😆.
Tidak dinafikan kerja di sini sememangnya penat kerana dari awal pagi, matahari tidak terbit lagi saya sudah pergi ke kerja, manakala pulang pula pada pukul 8.00 malam matahari sudah pun terbenam. Bak kata orang 'pergi kerja pun gelap, balik pun gelap' bila masa dapat tengok matahari?. Namun begitu, saya tidaklah begitu mengeluh, malahan saya sangat seronok bekerja disini kerana pekerjaan menggunakan banyak pergerakkan dan tidak membosankan.
Terpadat banyak pengalaman yang tidak boleh dilupakan, antaranya saya berpeluang merasa semua jenis makanan pesakit dari pelbagai menu yang sedap-sedap belaka. Sejujurnya makanan pesakit di hospital boleh dikatakan sedap dan menyelerakan, tidak lah teruk seperti yang digembar gemburkan oleh mereka yang pernah merasa. Pada awalnya saya terkejut juga, banyaknya betul menu-menu pesakit ni
Selain itu, pengalaman yang saya tidak boleh dilupakan adalah sewaktu saya ditugaskan untuk menghantar makanan di wad yang paling jauh di antara semua wad iaitu wad psikatri. Ini adalah pengalaman pertama saya, sejujurnya perasaan takut tuh ada, sebab dalam fikiran saya ketika itu wad psikatrik untuk wad orang gila dan sakit mental. Nak masuk sahaja pintu wad tersebut, sudah ada polis yang jaga, tak boleh masuk sesuka hati tau kena ikut masa yang ditetapkan.
Setelah pertama kali masuk di dalam wad tersebut, suasana biasa-biasa sahaja tidak seperti yang saya fikirkan. Kebanyakkan pesakit di situ perwatakan seperti orang normal, cuma ada beberapa pesakit yang sukar untuk dikawal akan diikat pada katil. Penyediaan makanan untuk wad psikatrik ini berlainan sedikit, kerana semua perkakasan makanan hanya boleh menggunakan bahan plastik sahaja. Tidak dibenarkan sama sekali menggunakan besi ataupun kaca seperti wad yang lain. Hal ini kerana, untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
ii) QA Assurance
Selain itu, saya juga pernah bekerja sambilan sewaktu cuti sem dan juga selepas tamat pengajian diploma di Panasonic Appliances Air-Conditioning Sdn Bhd sebagai operator dan seterusnya bertukar ke bahagian QA Assurance. Di sini saya ingin menceritakan dua skop pekerjaan yang berbeza.
Pertama sekali, saya bekerja sebagai operator pengeluaran di line. Tidak dinafikan kerja sebagai operator di kilang sangat lah memenatkan pada awalnya kerana perlu berdiri dalam jangka masa yang panjang. Selepas beberapa minggu, diri ini boleh menerima dan meneruskan pekerjaan seperti biasa membuat pemasangan wayar sensor. Walaupun saya tidak begitu minat pekerjaan ini kerana bekerja dalam kawasan setempat dan pergerakan yang terbatas , namun saya gagahi juga untuk mencari secebis pengalaman yang berharga. Hal ini kerana, di tempat ini lah bapa saya bekerja, mencari makan untuk kami sekeluarga dan saya gembira kerana berpeluang untuk merasai penat lelah bekerja di sini.
Kedua pula, selepas beberapa minggu bekerja sebagai operator di line, saya telah mendapat panggilan untuk mengisi kekosongan sebagai kerani di bahagian QA Assuraance. Di sini, saya ditugaskan untuk membuat kehadiran pekerja, laporan harian dan membuat pemeriksaan pada unit penghawa dingin. Walaupun di bahagian saya seorang sahaja perempuan, manakala yang lain semuanya pekerja lelaki, namun mereka sangat menghormat antara satu sama lain. Boleh di katakan kerja di bahagian ini lebih santai dan rilek berbanding menjadi operator di line 😁. Namun, saya cuma bertahan 4 bulan sahaja kerana perlu meneruskan pengajian pada peringkat diploma.
IMPIAN ANIS ADIBAH
Bila bercerita mengenai diri sendiri, saya merupakan seorang insan biasa yang mempunyai visi yang tinggi dalam kehidupan. Oleh itu, visi yang saya pegang adalah ingin mengapai cita dan cinta melalui bait-bait lirik lagu yang memberikan saya inspirasi iaitu "Realiti Insan" seperti berikut:
As salam Anis Adibah, tahniah atas blog yang cantik semanis orangnya. Teruskan pengisian untuk topik-topik seperti yang telah ditetapkan ya. Best of luck.
ReplyDelete