APAKAH DUA PERSPEKTIF SEMULA JADI FALSAFAH DIRI SAYA?
Dalam diri ini, sudah tentu saya mempunyai falsafah hidup. Hal ini kerana, falsafah merupakan satu elemen yang penting untuk diterapkan dalam diri supaya falsafah dapat mencorak hala tuju matlamat dan 'goal' dalam kehidupan saya. Bagi diri saya, saya menerapkan falsafah progresivisme dan esensialisme dalam diri ini. Mesti menjadi persoalan bagi anda yang membaca entri ini, mengapa saya memilih falsafah-falsafah tersebut dalam diri ❓. Okey, kalau begitu saya akan menerangkan salah satu sebabnya adalah berkaitan dengan kerjaya saya kelak untuk menjadi seorang pendidik. Sebab itulah, falsafah-falsafah yang dinyatakan akan digunakan dalam proses menjadi bakal pendidik dan seterusnya menjadi seorang pendidik yang berjaya.. Aminn
1. Falsafah Progresivisme
Saya memilih falsafah progresivisme kerana falsafah ini menumpukan perhatian kepada dunia sekarang iaitu kehidupan saya pada masa kini. Falsafah ini merupakan pendidikan yang berpusatkan individu dalam membina kreativiti, aktiviti, belajar naturalistik dan pengalaman bersama rakan sebaya. Ini bermaksud, dengan menggunakan falsafah ini, saya dapat menerapkan kemahiran dalam berinteraksi dengan individu yang lain melalui persekitaran yang berubah secara konsisten. Segala kemahiran yang diajar kepada saya, ianya dapat membantu saya mengenal pasti, menganalisa dan menyelesaikan sesuatu masalah serta saya dapat menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku dalam kehidupan saya. Seterusnya, falsafah ini mendorang individu seperti saya yang mempunyai ilmu pengetahuan dan berpendidikan seboleh-bolehnya mencari alternatif penyelesaian yang sesuai dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. Seterusnya, kebaikan falsafah progresivisme adalah kebebasan dalam mengejar apa sahaja ilmu dan kemahiran mengikut minat masing-masing untuk perkembangan mental, jasmani dan rohani.
Dalam konteks progresivisme, seseorang guru berperanan dalam membimbing dan membantu murid dalam pelbagai aspek terutama sekali dalam bidang akademik. Justeru itu, sebagai bakal pendidik saya perlulah membimbing atau menjadi penasihat dalam membantu pelajar-pelajar mengenali masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka di
dalam persekitaran yang berubah. Oleh itu, penekanan yang lebih mestilah diberikan untuk
membentuk pelajar supaya memperolehi kemahiran menyelesaikan masalah. Selain itu,
guru juga adalah pengurus pengajaran yang bertanggungjawab untuk mewujudkan
suasana pembelajaran yang kondusif, mengemukakan soalan yang merangsang
pemikiran anak murid dan membimbing minat mereka ke arah yang produktif.
2. Falsafah Esensialisme
Saya memilih falsafah ini kerana falsafah ini menekankan kepada perkara-perkara yang asas sahaja, iaitu apa yang perlu diketahui oleh diri sendiri agar menjadi
ahli insan yang produktif. Perkara-perkara pula boleh berubah dari masa ke semasa. Falsafah ini juga dipengaruhi oleh falsafah idealisme dan realisme. Seterusnya, matlamat pendidikan yang terkandung dalam falsafah ini sama dengan konsep falsafah diri saya iaitu mempelajari, menghayati dan menyimpan segala pembelajaran.
Sebagai bakal pendidik, saya menerapkan falsafah ini untuk menjadi seorang guru yang berwibawa dalam pengajaran dan
pembelajaran bilik darjah. Selain itu, saya akan menjadi model dan seorang yang berpendidikan dan
berpengetahuan dalam kebudayaan bangsa dan nilai-nilai masyarakat. Di samping itu, saya mestilah bersiap sedia berpengetahuan dalam bidang
pembelajaran, seorang yang memahami psikologi kanak-kanak dan proses pembelajaran
dan seorang yang menjalankan tugas.
BAGAIMANA BOLEH BERJAYA MENJADI SATU?
Jika dilihat dari persoalan di atas, sebagai bakal pendidik saya mestilah membuat persiapan awal dari segi JERI sebelum bergelar GURU. Ini kerana, saya telah mempunyai falsafah untuk mencurahkan ilmu kepada anak didik saya sehingga mereka mencapai kejayaan. Oleh yang demikian, saya perlulah menjadi guru efektif yang mempunyai tanggungjawab dalam mendidik mereka dengan menerapkan nilai-nilai yang positif dalam diri mereka. Guru efektif merupakan guru mempunyai sikap adil dan tidak pilih kasih, bertimbang rasa, baik hati, bertanggungjawab, tenang, bijak mengawal emosi, mudah untuk bergurau, personaliti yang menarik, bijak harmonikan suasana kelas. Oleh yang demikian, ciri-ciri tersebut dapat menjadi role model kepada pelajar-pelajar saya kelak. Akhir kata, kerjaya sebagai guru memerlukan banyak pengorbanan demi kejayaan para pelajar masa hadapan. Oleh itu, sebagai bakal guru, saya harus sentiasa mempelajari daripada kesilapan dan perlu memantapkan kaedah pengajaran di dalam kelas kelak.
No comments:
Post a Comment